Isnin, 26 Oktober 2015

Bajet 2016 - Insentif dan Kesan Bagi Individu Rakyat Malaysia



Credit to: perkongsian dari Encik Razali Razman
: ( Risalah Labur Niaga )

Insentif dan kesan bajet terhadap individu dan keluarga sepintas lalu

Bajet 2016 ialah bajet yang disediakan untuk menghadapi keadaan semasa yang mencabar, di mana hasil minyak telah menurun tetapi sedikit sebanyak ditampung oleh kutipan GST. Seperti tahun-tahun lepas, saya akan menyenaraikan kesan dan insentif dalam Bajet 2016 yang berkait secara langsung dengan individu.

Peningkatan Kos atau Pengurangan Insentif bagi Individu

Jika tahun lepas individu terpaksa menghadapi GST dan rasionalisasi subsidi, tahun ini Kerajaan telah meningkatkan cukai pendapatan golongan berada dan menarik balik insentif persekolahan kepada golongan sederhana.
  1. Cukai Pendapatan dinaikkan daripada 25% kepada 28% kepada individu yang berpendapatan Sejuta Ringgit dan ke atas
  2. Cukai Pendapatan dinaikkan daripada 25% kepada 26% bagi individu yang berpendapatan RM600,000 hingga RM1,000,000.
  3. Insentif RM100 untuk setiap murid sekolah kini terhad kepada golongan berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sahaja.
Hartanah

Saya tidak nampak sebarang perubahan dari segi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) pada tahun ini. Kalau begitu, RPGT adalah seperti tahun lepas.
  1. Bagi hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun, RPGT ialah 30%.
  2. Bagi hartanah yang dijual pada tahun ke-4 dan ke-5, RPGT ialah 20% dan 15% masing-masing.
  3. Selepas tahun ke-6, tiada RPGT dikenakan bagi individu; 5% bagi syarikat.

Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah 
  1. Menerusi Skim e-Kasih, isi rumah dengan pendapatan di bawah RM1,000 kini diberikan RM1050.
  2. BR1M kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 akan dinaikan daripada RM950 kepada RM1,000.
  3. BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 ditambah daripada RM750 kepada RM800.
  4. Bagi individu bujang berusia 21 dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak lebih RM2,000, BR1M ditambah daripada RM350 kepada RM400.
  5. Skim Khairat Kematian RM1,000 akan diteruskan.

Insentif Untuk Pelajar

Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, tetapi hanya untuk pelajar dan golongan berpendapatan rendah sahaja.
  1. Baucar buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap seorang untuk pelajar pengajian tinggi.
  2. Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, tetapi terhad kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Insentif Cukai
  1. Insentif cukai bagi setiap anak dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 seorang anak.
  2. Pelepasan individu untuk pasangan yang tidak bekerja dinaikkan kepada RM4,000
  3. Pelepasan bagi anak berusia lebih 18 tahun di IPT dinaikkan daripada RM6,000 hingga RM8,000.
  4. Pelepasan untuk anak OKU sebanyak RM6,000 diberikan dan sehingga RM14,000 jika mereka melanjutkan pengajian
  5. Anak yang menyara ibu bapa berpendapatan kurang RM2,000 dapat pelepasan RM1,500 setiap seorang.

Insentif Penjawat Awam
  1. Pemberian khas sebanyak RM500.
  2. Bayaran khas kepada pesara sebanyak RM250
  3. Gaji permulaan minimum RM1,200 bagi penjawat awam
  4. Pencen minimum RM950 bagi pesara dengan perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun

Insentif Pekerja
  1. Gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Julai 2016.

    Insentif GST Kadar Sifar
    1. Ditambah kepada 8,360 jenis ubat.
    2. Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya
    3. Penerbangan laluan perkhidmatan luar bandar

    Data Penting Lain Tentang Bajet
    • Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.2%  kepada 3.1% pada 2015.
    • Tanpa GST tahap defisit negara adalah jauh lebih tinggi.
    • Nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah meningkat kembali kepada 54% berbanding 53% pada tahun lepas. 
    • KDNK dijangka berkembang pada kadar lebih perlahan 4.5 - 5.0 peratus pada 2015.

    Secara umumnya, saya berpendapat bajet ini adalah munasabah. Berbeza daripada ramai orang lain, dari segi ekonomi saya rasa tindakan untuk mengenakan GST dan memansuhkan subsidi adalah tindakan yang perlu memandangkan situasi semasa.

    Masalahnya ialah ketirisan, pecah amanah dan pelbagai isu lain. Di samping itu, pelaksanaan  projek infrastruktur dan pengangkutan boleh dilakukan dengan lebih cekap untuk mengurangkan kos kepada pengguna.

    Prestasi Perdana Menteri dari segi ekonomi adalah memuaskan di mata saya. Ramai orang tidak begitu faham dan tidak mahu faham mengapa tindakan tertentu perlu diambil. Tetapi sebenarnya ia amat diperlukan dan perlu dilakukan juga akhirnya, kalau tidak sekarang, pada masa depan.

    Namun begitu, situasi 1MDB dan penerimaan jumlah wang yang begitu besar dalam akaun peribadi tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan. Justeru, sukar untuk meminta rakyat menerima segala kesusahan dan kos yang perlu ditanggung.

    Rakyat akan memandang segala yang dilakukan dari sudut negatif. Tiada simpati di pihak saya bagi mereka walaupun saya anggap pengurusan ekonomi pihak pemerintah dari segi perancangan makro adalah agak memuaskan.

    Ahad, 25 Oktober 2015

    4 Sebab Penurunan Nilai Mata Wang Ringgit


                

    Credit to: Pakdi Net


    Ada 4 sebab penurunan nilai mata wang ringgit iaitu:
    • Penarikan diri oleh pelabur dari emerging market
    • Penurunan harga komoditi
    • Krisis politik di negara kita
    • Penurunan nilai mata wang Yuan

    Peluang pelaburan masih ada meskipun nilai mata ringgit rendah. Iaitu:
    • Bijak memilih lokasi
    • Buat kajian terlebih dahulu
    • Mempunyai rancangan dengan harta yang dibeli
    • Persiapkan diri dengan ilmu yang tepat
    Jadi, walaupun nilai Ringgit Malaysia mengalami penurunan dalam tahun ini, peluang untuk membuat pelaburan itu masih ada. Kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu yang secukupnya agar kita dapat membuat pelaburan dengan bijak.

    6 Checklist Penting Sebelum Membuat Pelaburan Pertama



    credit to: pakdi Net




    Ramai anak muda berminat untuk gandakan duit.
    Melalui pelaburan.
    Baguslah. Mereka yang berminat itu termasuk dalam 42% dari generasi-Y yang telah pun memikirkan tabung persaraan dari usia muda. Berminat dalam melabur itu adalah satu petanda yang baik.
    Namun, bukan semua benda dapat terus buat. Semangat sahaja tidak mencukupi. Takut-takut penat di tengah jalan. Pancit. Tak cukup stamina. Tumbang sebelum sampai waktunya.
    Ini kerana pelaburan merupakan satu marathon. Bukan larian pecut 100 meter. Banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai sesuatu larian jarak jauh.
    Berikut adalah 6 senarai semak untuk anak muda yang mahu memulakan pelaburan sendiri.


    1. Uruskan Hutang
    Sebelum melabur kena urus hutang dulu.
    Maksud urus hutang ini bukan bermaksud kena habiskan bayar hutang. Tidak. Bukan begitu.
    Maksudnya kena pastikan hutang-hutang ini terkawal. Tidak ada yang hutang-hutang yang terlalu membebankan setiap bulan seperti hutang kad kredit misalnya.
    Tuan nak tanam pokok. Tapi lalang kena tebas dulu. Sila haribulan orang kata tuan berkebun lalang. Hutang itu lalanglah. Jadi mula-mula hapuskan lalang-lalang yang jahat itu.



    2. Tabung Khas Pelaburan
    Nak melabur kena ada modal khas.
    Bukan bermula dengan hutang. Bukan pinjam kawan. Bukan pinjam duit mak ayah.
    Jadi dari duit gaji tu kenalah buat simpanan khas, untuk tujuan pelaburan. Bukan sekadar tabungan untuk menikah sahaja ya abang-abang…




    3. Pelaburan Pertama Bukan Untuk Untung
    Melabur memang untuk gandakan duit.
    Tambah harta.
    Tapi untuk orang yang baru sahaja bermula, awal-awal ini bukan nak buat duit dahulu. Tapi untuk belajar selok-belok pelaburan. Sepak terajang dunia pelaburan.
    Kalau untung, OK. Tak dapat untung pun OK.
    Yang penting dah lalui, dan rasa sendiri dunia pelaburan itu bagaimana.




    4. Ambil Tahu Kos Terlibat
    Tidak ada benda percuma dalam dunia ini.
    Maka kena belajar kira-kira, apakah kos-kos yang terlibat apabila mahumembeli sesuatu produk pelaburan.
    Ada kos yang tinggi, ada yang murah. Silap haribulan, kalau tidak kira betul-betul kos ini, maka tuan nampak macam untung tapi hakikatnya tak untung pun.



    5. Sediakan Jurnal Pelaburan
    65jurnal


    Catatan.
    Kenapa beli ?
    Kenapa jual ?
    Berapa lama nak ‘hold’ ? Sekiranya jadi perkara luar jangkaan, contohnya RM jatuh, nak buat macam mana ? Jurnal pelaburan ini sebagai satu ikatan yang dapat mengelakkan tuan dari menjadi emosional.
    Biasalah. Orang baru melabur memang tak rasa lagi perit rugi duit, dan betapa susahnya nak ambik untung. Nampak memang macam senang. Nampak je lah. He he he.





    6. Menjadi Penyabar Adalah Wajib
    Ada perkara itu ambil masa.
    Tak boleh short cut.
    Seorang pelabur juga kena bayangkan diri dia seorang petani, pekebun. Mana ada pagi ni tanam, petang dah terus berbuah. Kena tunggu. Berbeza ikut jenis tanaman.
    Mungkin boleh mula dengan tanam pokok bunga hiasan dalam pasu kecil di rumah. Bersabar ke tidak agaknya nak tunggu pokok tu berbunga cantik. Malah, adakalanya penat-penat menanam, jangankan bunga, tunas pokok pun tak keluar dari tanah