Ahad, 25 Oktober 2015

6 Checklist Penting Sebelum Membuat Pelaburan Pertama



credit to: pakdi Net




Ramai anak muda berminat untuk gandakan duit.
Melalui pelaburan.
Baguslah. Mereka yang berminat itu termasuk dalam 42% dari generasi-Y yang telah pun memikirkan tabung persaraan dari usia muda. Berminat dalam melabur itu adalah satu petanda yang baik.
Namun, bukan semua benda dapat terus buat. Semangat sahaja tidak mencukupi. Takut-takut penat di tengah jalan. Pancit. Tak cukup stamina. Tumbang sebelum sampai waktunya.
Ini kerana pelaburan merupakan satu marathon. Bukan larian pecut 100 meter. Banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai sesuatu larian jarak jauh.
Berikut adalah 6 senarai semak untuk anak muda yang mahu memulakan pelaburan sendiri.


1. Uruskan Hutang
Sebelum melabur kena urus hutang dulu.
Maksud urus hutang ini bukan bermaksud kena habiskan bayar hutang. Tidak. Bukan begitu.
Maksudnya kena pastikan hutang-hutang ini terkawal. Tidak ada yang hutang-hutang yang terlalu membebankan setiap bulan seperti hutang kad kredit misalnya.
Tuan nak tanam pokok. Tapi lalang kena tebas dulu. Sila haribulan orang kata tuan berkebun lalang. Hutang itu lalanglah. Jadi mula-mula hapuskan lalang-lalang yang jahat itu.



2. Tabung Khas Pelaburan
Nak melabur kena ada modal khas.
Bukan bermula dengan hutang. Bukan pinjam kawan. Bukan pinjam duit mak ayah.
Jadi dari duit gaji tu kenalah buat simpanan khas, untuk tujuan pelaburan. Bukan sekadar tabungan untuk menikah sahaja ya abang-abang…




3. Pelaburan Pertama Bukan Untuk Untung
Melabur memang untuk gandakan duit.
Tambah harta.
Tapi untuk orang yang baru sahaja bermula, awal-awal ini bukan nak buat duit dahulu. Tapi untuk belajar selok-belok pelaburan. Sepak terajang dunia pelaburan.
Kalau untung, OK. Tak dapat untung pun OK.
Yang penting dah lalui, dan rasa sendiri dunia pelaburan itu bagaimana.




4. Ambil Tahu Kos Terlibat
Tidak ada benda percuma dalam dunia ini.
Maka kena belajar kira-kira, apakah kos-kos yang terlibat apabila mahumembeli sesuatu produk pelaburan.
Ada kos yang tinggi, ada yang murah. Silap haribulan, kalau tidak kira betul-betul kos ini, maka tuan nampak macam untung tapi hakikatnya tak untung pun.



5. Sediakan Jurnal Pelaburan
65jurnal


Catatan.
Kenapa beli ?
Kenapa jual ?
Berapa lama nak ‘hold’ ? Sekiranya jadi perkara luar jangkaan, contohnya RM jatuh, nak buat macam mana ? Jurnal pelaburan ini sebagai satu ikatan yang dapat mengelakkan tuan dari menjadi emosional.
Biasalah. Orang baru melabur memang tak rasa lagi perit rugi duit, dan betapa susahnya nak ambik untung. Nampak memang macam senang. Nampak je lah. He he he.





6. Menjadi Penyabar Adalah Wajib
Ada perkara itu ambil masa.
Tak boleh short cut.
Seorang pelabur juga kena bayangkan diri dia seorang petani, pekebun. Mana ada pagi ni tanam, petang dah terus berbuah. Kena tunggu. Berbeza ikut jenis tanaman.
Mungkin boleh mula dengan tanam pokok bunga hiasan dalam pasu kecil di rumah. Bersabar ke tidak agaknya nak tunggu pokok tu berbunga cantik. Malah, adakalanya penat-penat menanam, jangankan bunga, tunas pokok pun tak keluar dari tanah



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan